Zeta tyres yang memberi keselesaan ketika pemanduan. Mempunyai corak arah yg elegen dengan reka bentuk ultra berprofil rendah untuk kereta dengan kelajuan tertinggi.


Dihasilkan dalam siri teknikal 55-35 dan ke atas 16".
Keseimbangan optimum utk prestasi yang melampau, keselesaan, bunyi yang rendah, dan cengkaman basah yg cemerlang.

Cengkaman yg hebat ketika jalan dan kelajuan maksimum yg bertindak balas dalam mana-mana syarat memandu yg berkelajuan tinggi, dan pelindung rim.



TESTIMONI PELANGGAN ZETA









PANEL PEMASANGAN TAYAR ZETA

































PROMOSI PECAH PALA ISNIN SELASA & RABU DI PROWHEELS 

Mana tak pecah pala bro. Tadi dah kena marah dah dengan boss sebab di cakap kenapa x buat PROMOSI KAW KAW utk org utara.
Ok.. Memang nk bagtau dah kt hampa PROMOSI NI MEMANG PECAH PALA. Cuma yg betul-betul nak sahaja sebab PROMOSI ni pada hari ISNIN, SELASA, RABU sahaja.

DISCOUNT 5% TAYAR
✔ Hanya utk hari Isnin, Selasa, Rabu
✔ Pembelian tayar 4 biji
✔ Semua saiz & brand
✔ Free Alignment & Balancing
✔ Free Chicken Chop & Minuman

DISCOUNT 10% SERVIS & REPAIR
✔ Hanya untuk hari Isnin, Selasa, Rabu
✔ Servis pickup kenderaan di pejabat disediakan
✔ Quotation harga FREE


DISCOUNT MINYAK ENGINE PENZZOIL & PETROMIN


✔ Minyak Engine Pennzoil Semisyntetic 10W-40
+ FREE Oil Filter UMW GEP
+ FREE Pemasangan


✔ Minyak Engine Petromin Mineral 20W-50
+ FREE Oil Filter UMW GEP
+ FREE Pemasangan

Ada lagi PROMOSI YG GEMPAK & BUATKAN ANDA PECAH PALA.

REPAIR & SERVIS
==============
Boleh hubungi dan Whatsapp En Sham +6013-9177900 /  En Fahtee +6017-6987653

TAYAR
=====
Boleh hubungi dan Whatsapp En Bad +6016-5561615 / En Iskandar +6012-4815922

Address
=======
Prowheels (M) Sdn Bhd
No 5, Km 5 Jalan Putra,
06250 Alor Setar, Kedah.
TIPS SEJUKKAN AICOND KERETA PALING JIMAT

Aircond tidak sejuk dipengaruhi byk faktor, kadang2 disebabkan cooling coil bocor, kompessor, kipas, gas aircond bocor dan mcm2 lagi. Hari ini kami nak kongsi tips, blh try cara ini dulu sebelum ke workshop.
.
.
Cuba Cara Ini
============
1) - Buka drawer, dan tarik ia keluar
2) - Anda akan nampak ada satu box kecil dan keluarkan box tersebut
3) - Cari penapis berbentuk segi empat okay!
4) - Penapis itu berfungsi menangkap segala kotoran dan habuk,
5) - Ketuk or kuarkan segala habuk
6) - Selepas cuci segala habuk, pasang kembali penapis tersebut
7) - Percaya atau tidak, angina aircond akan kuat dan kembali sejuk seperti biasa.
.
.
Selamat Mencuba. Kalau tak sejuk juga maknanya kena check di workshop masalah aircond kereta anda.Selamat mencuba


TIPS KENALI TAYAR KERETA ANDA YANG BETUL

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebelum ini kami pernah kongsi tips kenali tayar kereta anda.
Disebabkan ramai yg bertanya pihak kami akan kongsi semula . Tayar kereta semestinya ditukar apabila bunganya telah haus. Mungkin ramai yang tidak tahu tips dan cara membeli tayar kereta yang betul dan jimat dimana terdapat beberapa situasi kita boleh mendapatkan sesuatu jenis tayar kenderaan dengan diskaun sehingga 80%.

Info ini dikongsikan difacebook dan menjadi viral kerana maklumatnya yang membantu kita berjimat semasa membeli tayar kereta. Maklumat berikut penting untuk kita fahami berkenaan dengan tayar kenderaan yang sedang kita gunakan dan memudahkan kita mengenali tayar saiz tayar. Pemilihan tayar yang berlainan saiz akan mempengaruhi prestasi kereta anda dan memungkinkan pihak kedai mengenakan caj yang berlebihan.

1) Cara membaca maklumat ukuran pada tayar kenderaan
Kod tayar kenderaan: Contoh 205/65/R15 94H.
205 = Lebar (W) dalam unit milimeter, mm
65 = Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar , H dalam unit milimeter mm)
R = Radial
15 = saiz / diameter rim (R) dalam unit inci
94 = Had maksimum bebanan
H = Had maksimum kelajuan 210 km / jam v
Jika ianya abjad yg terakhir, ianya seperti di bawah;
S = Maksimum had laju 180 km / jam
T = Maksimum had laju 190 km / jam
U = Maksimum had laju 200 km / jam
V = Maksimum had laju 240 km / jam
Z = Maksimum had laju 240 km / jam
W = Maksimbum had laju 270 km / jam
Y = Maksimum had laju 300 km / jam
*untuk mengira tinggi/ketebalan tayar ,H:
Katakan nisbah aspek adalah 65 yang bermakna 65% dari lebar adalah bersamaan tinggi atau ketebalan tayar.
Jadi 65% x 205mm = 133.25mm
.
2)- 4 angka tarikh tercatit di sisi tayar.
Contoh 0515
Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pd minggu ke 5 tahun 2015.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan. Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras disebabkan getah tayar sudah tamat tempoh (expired). Ada baiknya anda menukar tayar jika bunganya sudah haus atau penggunaannya sudah melebihi 5 tahun.
Jika menukar tayar yang baharu pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun yang terkini untuk prestasi maksimum.